EBS 425/3 : MINERAL PERINDUSTRIAN

Sinopsis dan Silibus

Mengenal dan memahami aspek-aspek kepentingan dan penggunaan sumber mineral perindustrian (termasuk mineral tenaga) secara bersepadu. Ia meliputi asal kejadian geologi, taburan dunia dan wilayah. Aplikasi dan keperluan mineral berkenaan dalam bidang industri. Memahami kaedah-kaedah yang digunapakai dalam membangunkan sumber-sumber berkenaan dari aspek-aspek penjelajahan, teknologi pengekstrakan dan pemprosesan, permintaan dan pasaran ekonomi.

Penekanan diberikan kepada mineral seperti arang batu, tanah liat, felspar, barit, mineral mika, fluospar, pasir silika, batuan karbonat, wollastonit, talkum dan lain-lain.

Kuliah dan aktiviti pengajaran adalah merangkumi teori, seminar dan projek mini seperti berikut :

Bahagian A : Teori dan Seminar

Bahagian B - Projek Mini

  1. Sumbangan mineral perindustrian dalam sektor industri kimia, pembuatan, pembinaan penjanaan kuasa, perkhidmatan dan perubatan.

  2. Sifat-sifat atau fungsi (kimia, fizikal, mekanikal serta optikal) yang menyumbang kepada kepentingannya kepada industri hiliran.

  3. Aspek keperluan industri mengikut spespikasi industri dan piawaian antarabangsa (ISO, MS, BS, ASTM).

  4. Statistik pengeluaran dunia, corak permintaan, harga dan pasaran semasa dan akan datang.

  5. Penilaian sumber mineral perindustrian, perkembangan teknologi nilai tambah mengikut keperluan industri.

Perhatian : Pelajar akan diminta untuk menyediakan kertas kerja (tidak melebihi 12 muka surat) berdasarkan topik yang akan diberikan dalam kelas.

Format :

Pengenalan

Asal kejadian geologi dan mineralogi

Aplikasi industri

   - Sifat fizik dan kimia

   - Spesfikasi industri dan piawaian

     antarabangsa

   - Statistik pengeluaran (antarabangsa,corak

     permintaan, harga dll)

Teknologi pengeluaran dan pemprosesan

   - Teknologi terbaru

   - Nilai tambah

Penutup

 

Projek secara berkumpulan akan diberikan kepada pelajar untuk menilai kesesuaian sumber mineral tertentu dalam aplikasi tertentu. Ia meliputi aspek penilaian sumber daripada aspek kesesuaian bahan mentah, penyediaan bahan mengikut keperluan spesfikasi industri dan simulasi dalam produk akhir.

Contoh :

Batu kapur - fluks dalam metullurgi, perawatan air, pengisi dan penyalut dalam produk plastik, cat dan kertas.

Tanah liat : Seramik

Silika : Pembuatan pelbagai jenis kaca

Felspar : Kaca dan seramik

Arang batu : Penjanaan tenaga dan metalurgi

 

EBS 425 : Sinopsis OBE 2006

EBS 425 : Syllabus

EBS 425 : Textbooks

Struktur Penilaian Kursus (60% Peperiksaan Akhir : 40% Kerja Kursus)

Kerja kursus :    Ujian Pertengahan                                     dan Akhir (15- 20% markah)

                          Tugasan dan Seminar

                          (15-20% markah) 

Projek Mini    :    (10 -15 markah)

(Apakah itu Projek mini ?)

 Nota Kuliah :     Download     dalam format pdf

 

1) Apakah itu mineral perindustrian

2) Teknologi Arang Batu _Part I

3) Teknologi Arang Batu Part II

4) Abu Terbang - Dari Arang Batu

5) Feldspar

6) Fluospar

7) Pasir silika

8) Talc and Pyrophillite

9) Lempung dan syal

10) Barit

11) Teknik Penilaian sumber mineral

       (Batu Kapur)

 

                 Untuk tugasan kerja kursus sila dapatkan tajuk dengan melawati halaman Tugasan dan Seminar

                 Tugasan ini mesti dihantar  dalam disket dalam format MS-word (font Arial 11pt ).

                 Sila tulis nama Pengarang (contoh : oleh Kamaruddin Ismail). Tugasan akan dipaparkan dalam

                 halaman ini dalam fail format .pdf untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain. Hantar sebelum 15 September 2007